Friday, February 4, 2011

TADDAA!

NGEEEE!!! Sudah Siapp!

Pada 29 Januari 2011 yang lalu, aku berkunjung ke klinik dengan hati yang berdebar-debar. Ada dua benda yang buat hatiku berdebar. 

1: Takut nak rasa sakit bila pakai besi-besi di dalam mulut ni.
2: Berdebar nak jumpa doktor yang baik dan KACAK!! Hahahah

Semasa proses memakai braces ni, takdalah rasa sakit sangat. Ada rasa ngilu dan lenguh sikit sebab mulut akan dibuka seluasnya. Untuk yang pertama kali ni, aku telah memilih warna bright pink untuk menghiasi gigiku ini. (comel!) Masa yang diambil untuk memasang segala besi ini, lebih kurang 1 jam. Setelah selesai semua, aku mengalami sindrom TAK TAHU.

TAK TAHU nak senyum
TAK TAHU nak kunyah
TAK TAHU nak bercakap
TAK TAHU nak gosok gigi
TAK TAHU nak pakai lipstik!

Parahkan.. Tapi itu semua untuk beberapa hari sahaja.. Hari ini ( 4 Feb) aku dah boleh kunyah tapi harus perlahan-lahan. takut tergigit lidah dan mulut. 
Banyak benda yang kita akan belajar bila dah pakai braces ni, antaranya kita akan makan dengan penuh sopan, kita akan masukkan makanan sikit demi sedikit. Bukan sekali nganga semua makanan habis! Gelojoh betul.

Mengikut pengalaman kawan-kawan aku yang pernah pakai braces, ulser dan braces memang tak dapat dipisahkan. Maknanya sesiapa pakai braces memang mudah dapat ulser akibat geseran besi pada dinding mulut dan bibir.
Sebagai langkah berjaga-berjaga, aku akan sentiasa memakai wax di bahagian besi yang aku rasa mencucuk mulut. Bila dah pakai wax, memang dah takda rasa sakit geseran tu. Terima kasih wax! 
Dan jangan lupa kena banyak minum air!

Untuk membiasakan mulut ni dengan braces ni, aku telah melatih diri untuk terus bercakap, membaca dan makan ikut suka hati. Aku tak boleh diam atau hanya makan bubur sahaja. Ini akan menyebabkan mulut kita lambat serasi dengan braces ni. Ayam , daging memang aku balun jer. Cuma ambil masa lah untuk mengunyah.. Memang akan rasa sakit dan sengal tapi tetap ku tahan jebat! Sakit beranak bolehku harung..apalah sangat sakit pakai braces ni kannnnnn...


Ini set penjagaan gigi dan braces yang diberi oleh doktor kacak.
Ada wax, ubat gigi, berus gigi, ubat ulser dan ubat kumur serta pamplet panduan penjagaan gigi berbraces.