Cabutan perlu dibuat bagi memberi ruang di dalam mulut apabila gigi ditolak ke dalam kelak.
Kalau nak cakap pasal sakit, yess.. sakit nak mampus!!
2 batang gigi dicabut pada minggu pertama diikuti dengan 2 batang lagi pada minggu berikutnya.
Cabutan pertama, amatlahhh seksa.. iyerlah, aku mana pernah kena cabut gigi.
Masa kecil-kecil dulu, gigi semua tercabut secara manually, tak pernah sampai kena jumpa dentist.
Jarum bius punyalah panjang. Picagarinya apatah lagi.. Lemah kepala lutut menengoknya.
Nak tanggalkan gigi dari gusi pun punyalah sengsara. Guna playa pelbagai saiz, tapi tak jugak tertangal-tanggal sampai tangan doktor tu nak cramp! Punyalah degil kann... Gigi paling degil adalah gigi bahagian atas.
Nah ini giginya!!
Ini pula rupa aku bila gigi dah kurang 4 batang
Saja jer tukar kaler biar nampak ngeri sikit.
Azab jugak nak makan lepas upacara di atas. Tak boleh nak mengigit. Aku hanya gigit ala-kadar kemudian terus telan. Macam ular sawa dahh..
Akibatnya, berak keras pulak! Aduyaii..
sambung lagi nanti....
haii..nak tanye.. brape kos keseluruhan kat klinik tu?
ReplyDeleteRM4500 tak termasuk kos cabut, consultation, x-ray, medication. :)
ReplyDeleteHarga pkai braces ni tngok Gigi jgak ke?klau gigi dia truk..mahal eh??klau gigi dia tak truk sngat...Ade beza harge tak?
ReplyDelete