Monday, January 16, 2012

HAI KAWAN-KAWAN YANG BERGIGI BESI!!

Salam,

Hai semua! Lama dah blog ini diam membisu. Maaf di atas soalan-soalan yang tak berjawab.
Mengenai kos braces saya, jumlah harga braces SAHAJA RM4500. Deposit RM1500 dan bakinya saya bayar RM150 setiap bulan sewaktu pemeriksaan bulanan dilakukan.
Harga tersebut tidak termasuk kos X-Ray, consultations dan cabut gigi.
Untuk pengetahuan anda juga, setiap klinik meletakkan harga yang berbeza-beza. Mungkin lebih mahal atau lebih murah daripada harga yang disebut di atas.
So, adalah baiknya kalau anda membuat perbandingan harga terlebih dahulu yer.

Okay. Berkenaan dengan perkembangan gigi saya pula, gigi saya sudah hampir tersusun dengan rapinya :D. Setelah setahun memakai braces, mungkin dalam bulan Jun 2012 saya dah boleh senyum tanpa besi-besi di gigi, YEAY! Mari tengok gambar.


 Ini gambar dari hadapan


Ini pandangan dari tepi. (Sila abaikan muka saya yang berjerawat tu yer)

Banyak beza kan kalau nak dibandingkan dengan gigi asal? Wee! Kalau anda perasan, terdapat getah warna putih yang bersambung dari gigi atas ke gigi bawah yang mana fungsinya menarik gigi bawah ke dalam sikit. Sebab doktor kata kedudukan gigi normal apabila rahang ditutup, gigi bawah sedikit kebelakang dari gigi atas bukannya gigi atas dan gigi bawah sebaris.. ermm paham tak? Kalau tak paham, buat-buat paham jelah yer..

Kalau ditanya pasal sakit, memang agak sakit. terutama selepas proses mengetatkan braces setiap bulan. Rasa sengal-sengal. Kalau tak bernasib baik, ada ulser, gusi bengkak dan berdarah untuk beberapa hari.. Ouch!!
Okalah sampai sini saja. Nanti sambung lagi yer. (ntah bila..)



Friday, February 4, 2011

TADDAA!

NGEEEE!!! Sudah Siapp!

Pada 29 Januari 2011 yang lalu, aku berkunjung ke klinik dengan hati yang berdebar-debar. Ada dua benda yang buat hatiku berdebar. 

1: Takut nak rasa sakit bila pakai besi-besi di dalam mulut ni.
2: Berdebar nak jumpa doktor yang baik dan KACAK!! Hahahah

Semasa proses memakai braces ni, takdalah rasa sakit sangat. Ada rasa ngilu dan lenguh sikit sebab mulut akan dibuka seluasnya. Untuk yang pertama kali ni, aku telah memilih warna bright pink untuk menghiasi gigiku ini. (comel!) Masa yang diambil untuk memasang segala besi ini, lebih kurang 1 jam. Setelah selesai semua, aku mengalami sindrom TAK TAHU.

TAK TAHU nak senyum
TAK TAHU nak kunyah
TAK TAHU nak bercakap
TAK TAHU nak gosok gigi
TAK TAHU nak pakai lipstik!

Parahkan.. Tapi itu semua untuk beberapa hari sahaja.. Hari ini ( 4 Feb) aku dah boleh kunyah tapi harus perlahan-lahan. takut tergigit lidah dan mulut. 
Banyak benda yang kita akan belajar bila dah pakai braces ni, antaranya kita akan makan dengan penuh sopan, kita akan masukkan makanan sikit demi sedikit. Bukan sekali nganga semua makanan habis! Gelojoh betul.

Mengikut pengalaman kawan-kawan aku yang pernah pakai braces, ulser dan braces memang tak dapat dipisahkan. Maknanya sesiapa pakai braces memang mudah dapat ulser akibat geseran besi pada dinding mulut dan bibir.
Sebagai langkah berjaga-berjaga, aku akan sentiasa memakai wax di bahagian besi yang aku rasa mencucuk mulut. Bila dah pakai wax, memang dah takda rasa sakit geseran tu. Terima kasih wax! 
Dan jangan lupa kena banyak minum air!

Untuk membiasakan mulut ni dengan braces ni, aku telah melatih diri untuk terus bercakap, membaca dan makan ikut suka hati. Aku tak boleh diam atau hanya makan bubur sahaja. Ini akan menyebabkan mulut kita lambat serasi dengan braces ni. Ayam , daging memang aku balun jer. Cuma ambil masa lah untuk mengunyah.. Memang akan rasa sakit dan sengal tapi tetap ku tahan jebat! Sakit beranak bolehku harung..apalah sangat sakit pakai braces ni kannnnnn...


Ini set penjagaan gigi dan braces yang diberi oleh doktor kacak.
Ada wax, ubat gigi, berus gigi, ubat ulser dan ubat kumur serta pamplet panduan penjagaan gigi berbraces.



Saturday, January 22, 2011

Cabut- mencabut

Setelah diperiksa, di xray, di buat acuan gigi oleh doktor, doktor membuat keputusan bahawa aku perlu mencabut 4 batang gigi. (GREAT!!!)
Cabutan perlu dibuat bagi memberi ruang di dalam mulut apabila gigi ditolak ke dalam kelak.
Kalau nak cakap pasal sakit, yess.. sakit nak mampus!!
2 batang gigi dicabut pada minggu pertama diikuti dengan 2 batang lagi pada minggu berikutnya.
Cabutan pertama, amatlahhh seksa.. iyerlah, aku mana pernah kena cabut gigi.
Masa kecil-kecil dulu, gigi semua tercabut secara manually, tak pernah sampai kena jumpa dentist.
Jarum bius punyalah panjang. Picagarinya apatah lagi.. Lemah kepala lutut menengoknya.
Nak tanggalkan gigi dari gusi pun punyalah sengsara. Guna playa pelbagai saiz, tapi tak jugak tertangal-tanggal sampai tangan doktor tu nak cramp! Punyalah degil kann... Gigi paling degil adalah gigi bahagian atas.

Nah ini giginya!!


Ini pula rupa aku bila gigi dah kurang 4 batang
Saja jer tukar kaler biar nampak ngeri sikit.


Sesudah mencabut 4 batang gigi, doktor masukkan separator di celah-celah gigi geraham. Fungsinya adalah untuk merenggangkan gigi bagi memudahkan besi dimasukkan kelak.
Azab jugak nak makan lepas upacara di atas. Tak boleh nak mengigit. Aku hanya gigit ala-kadar kemudian terus telan. Macam ular sawa dahh..
Akibatnya, berak keras pulak! Aduyaii..

sambung lagi nanti....

Selamat Datang

Blog ini dicipta untuk merekodkan pengalamanku sebelum, semasa dan selepas memakai pendakap gigi atau braces. Mungkin maklumat atau pengalamanku berguna untuk kalian yang juga teringin nak pakai braces..

Untuk pengenalan, mari aku tunjukkan gigi ku sebelum membuat apa-apa rawatan.



Gigi atas dan bawah meruncing ke hadapan atau bahasa kasarnya jongang! Semakin meningkat usia, gigi ini akan terus meruncing. Jadi sebelum aku digelar Halimah Jongang, baiklah aku cepat-cepat pakai braces kann.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai braces aku telah berkunjung ke Klinik Impiana, Kajang.

to be continue..